Pages

Tuesday, April 26, 2011

Tutorial : Line Art using Paint Tool Sai


7 langkah untuk menghasilkan “Line Art” anda sendiri. Bagaimana untuk menghasilkan line art anda sendiri dengan menggunakan aplikasi ‘Paint Tool Sai’. Dalam tutorial ini, saya tunjukkan bagaimana line art dihasilkan daripada gambar yang sedia ada.

1.   Mulakan dengan membuka ‘File’ dan klik pada ‘Open’.


Fig 1.0

2.   Pilih gambar yang dikehendaki untuk kerja line art anda. Dan saya memilih karekter ini sebagai line art saya.


Fig 1.1

3.   Buat ‘New vector layer’ seperti Fig 1.2 di bawah


Fig 1.2

4.   Langkah seterusnya adalah, tukar ‘Opacity’ gambar tersebut kepada 40 hingga 60. Jumlah opacity adalah mengikut kesesuaian anda sendiri. Jika terlalu blur, naikkan sedikit opacity tersebut.


Fig 1.3


Fig 1.4

5.   Klik kembali pada layer vector yang dibuat sebentar tadi, dan langkah seterusnya adalah anda akan menghasilkan line art anda dengan menggunakan ‘Tool Set’ di bawah dan pilih tool ‘Curve’. Pilih saiz mengikut kriteria anda. Tetapi untuk saya, saya memilih saiz yang tebal sedikit supaya lebih mudah untuk membuat line art anda.


Fig 1.5


Fig 1.6

6.   Semasa melakukan garisan menggunakan curve, anda harus bijak untuk memilih saiz ketebalan line tersebut. Di dalam Fig 1.7 ini, terdapat perbezaan line yang ingin saya tunjukkan. Di mana, pada lipatan baju,line nya lebih nipis lagi pada kot. Ikut cara anda untuk aplikasikan sepenuhnya saiz-saiz line ini.


Fig 1.7


Fig 1.8

7.   Turn off pada ‘Show layer’ untuk melihat hasil line art anda dan anda boleh lihat seperti Fig 2.0. Ini sahaja daripada saya mengenai tutorial ringkas saya ini. Semoga anda dapat aplikasi teknik ini dalam karya anda. Itu sahaja daripada saya kepada anda. Trimas…



Fig 1.9


Fig 2.0

2 comments:

  1. Aku org pertama komen blog kau bro..hahha..selalu selalu lh lepak di blog aku dan komen ok??

    ReplyDelete
  2. Ko nang brani komen blog aq~gua tabik sama lu~haha..Slalu aq check blog ko~dun wory

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...