Pages

Sunday, May 1, 2011

Tutorial : How to Draw Basic Character Figure

This tutorial is about how to draw basic character figure, atau dalam BM nya adalah "Bagaimana Untuk Melukis Bentuk Asas Karekter". So, ini adalah pertama kali saya mengajar bagaimana cara-caranya. Ini adalah antara pengetahuan asas untuk anda yang pertama kali melukis secara lebih detail manusia dan langkah-langkah ini anda boleh ikut dalam tutorial ini. Secara amnya, semua daripada anda pernah melukis tetapi untuk melukis bentuk badan manusia adalah sangat sukar bagi anda. Cara yang paling cepat belajar adalah kita belajar untuk 'copy' sesuatu lukisan, mugkin anda rasa mengopi itu satu cara yang tidak baik tapi jika kita belajar daripada contoh. Kita akan cepat faham mengenai konsepnya, bukan saya kata 'copy' tu baik. Tapi janganlah anda potostat jer, hasilkan Originality dalam diri anda. Okay, tanpa membuang masa anda untuk membaca apa yang saya tulis ini. Mari kita belajar konsep dalam melukis manusia.

Fig 1.0

Benda pertama yang perlu anda ketahui adalah, bagaimana struktuk sebenar manusia itu. Dalam erti kata lain, bentuk asas yang perlu diketahui. Disini saya tunjukkan, pertama. Mulakan melukis kepala dahulu dengan melukis bentuk seperti oval. Tidak terlalu bulat tetapi bentuk seakan-akan telur. Cara ini dimulai dari bahagian atas turun ke bawah, iaitu bermula dari kepala turun ke kaki. Ikut seperti Fig 1.0, lukiskan garisan lurus sebagai panduan anda seperti pada bahagian muka dan bahu. Manakala untuk bahagian badan pula, bentuk seperti kotak boleh digunakan untuk mendapatkan lakaran asas badan. Anda boleh rujuk anatomi manusia untuk mendapatkan bentuk sebenar anggota badan manusia. Setelah selesai melukis bentuk badan, kita teruskan dengan melukis kaki. 

Fig 1.1

Ok, melukis kaki juga ada caranya. Yang pertama, anda harus tahu yang kaki itu lebih panjang daripada bahagian kepala dan badan. So, dengan mengambil ukuran kepala dan badan secara anggaran. Ambil panjang tersebut untuk ukuran kaki. Anda tidak perlu menggunakan pembaris untuk ini kerana kita hanya melukis lakaran manusia. Pada Fig 1.1, anda boleh lihat bagaimana garisan lurus dijadikan guide untuk melakar bahagian kaki. Antara common mistake yang dilakukan semasa melukis kaki adalah apabila bentuk kaki tersebut.

Fig 1.2

Fig 1.3

Melalui Fig 1.2, rujuk anatomi manusia. Lihat pada bahagian otot kaki dimana, pada bahagian betis kaki. Ianya lebih panjang daripada paha yang pendek sedikit, cuba anda bandingkan. Perbetulkan saya jika saya salah, hehe. Lihat kaki anda sendiri jika tiada kaki lain untuk dirujuk. Bukan nak melawak, haha. Tetapi sebagai rujukan, lihatlah pada cermin. Bentuk badan anda juga boleh dijadikan panduan bagi anda melukis. Kita bagi tumpuan kepada kaki sebentar tadi, seperti yang anda tahu. Untuk melukis kaki ini, terutamanya pada Fig 1.3. Dimana kita hendak melakarnya dengan mengunakan bentuk seperti gambar tersebut or anda boleh jadikan bentuk kon sebagai asas. Untuk menampakkan lagi secara 3D, lakarkan sedikit supaya nampak bentuk seperti kaki anda. 

Fig 1.4

Fig 1.5

Fig 1.6

Dalam Fig 1.4 dan 1.5, cara untuk melukis bahagian tangan hendaklah dimulakan dengan melukis bahagian bahu terlebih dahulu. Bentuk anatomi pada bahagian bahu anda boleh rujuk seperti Fig 1.5. Tangan terbahagi kepada 4 segmen dimana bahu, lengan, pergelangan tangan dan akhir sekali adalah tangan. Melukis jari lebih mudah jika anda mengambil cermin dan anda boleh jadikan tangan anda sebagai rujukan. Buat pelbagai jenis pose untuk tangan dan cuba tangkap gambaran yang boleh anda lihat.

Fig 1.7

Seterusnya kita beralih pada bahagian muka lagi, iaitu melukis telinga. Bentuk telinga adalah berbentuk oval dan anda boleh lihat pada Fig 1.7. Kelopak pada telinga ada anda boleh rujuk seperti di atas atau lebih mudah lagi tengoklah muka anda pada cermin. Contohnya ada pada anda sendiri.

Fig 1.8

Fig 1.9

Bahagian terakhir untuk tutorial ini adalah melukis mata dan hidung karekter anda. Ianya tidak lengkap jika badan tanpa muka bagaikan hilang ekspresi karekter tersebut. Muka memainkan peranan besar dalam lukisan anda kerana raut wajah karekter tersebut menghasilkan atmosperanya yang tersendiri. Di sini saya tunjukkan asas bagi melukis mata karekter anda. Mulakan dengan melukis dahulu bentuk mata tersebut mengikut step yang ditunjukkan pada Fig 1.9. Hidung yang dilukiskan pada contoh di atas adalah bentuk yang paling mudah sekali.

Fig 2.0

Fig 2.1

Fig 2.0 menunjukkan antara skala yang boleh anda lihat untuk melukis bentuk badan. Ia dibahagikan kepada 8 segmen dan ketinggian karekter tersebut mengikut ciri-ciri yang anda ingin. Jika melukis karekter yang lebih kecil maka skala tersebut boleh di rendahkan lagi mengikut kesesuaian anda. Dan Fig 2.1 adalah contoh lakaran bagi karekter perempuan. Baiklah, sampai disini sahaja tutorial bagi melukis bentuk badan karekter anda dan harap anda boleh ikuti saya dalam tutorial yang lain. Dalam tutorial yang lain saya akan tunjukkan cara untuk melukis bahagian tertentu karekter anda. Segala kekurangan yang terdapat dalam tutorial ini adalah atas kelemahan saya sendiri dan harap tutorial ini dapat membantu anda serba sedikit. Trimas...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...